Ezzessaybee Blog



            DIA bersiul-siul kecil sambil mengorak langkah ke kelas. Jam ditangan dibelek sekilas, lima minit sebelum kuliahnya bermula.

            Sedang elok dia berjalan, dia terlihat seseorang yang sedang terkocoh-kocoh keluar dari kelas yang ingin ditujunya tadi.

            ‘Alahai, there goes my darling Christmas tree!’ getusnya perlahan di dalam hati. Entah mengapa, dia suka tengok wanita yang konfiden aja mengenakan apa sahaja pakaian yang dia ingin pakai hari itu. Kali ni, kalau tengok dari gaya rakan kerjanya ni, tudung pun tak bergosok.Tapi dia suka sangat, walaupun wanita itu tidak mempunyai taste dalam cara berpakaian, tapi perfume yang digunakan mampu mengocak naluri lelaki bujang terlajak dia ni.

            “Morning, Anes.”

            Tegurnya ramah. Wanita yang bernama Anes tadi berhenti melangkah.

            “Morning Dr.” Tegur Anes kembali. Tangan kirinya cepat-cepat memegang bucu tudung bawalnya. Alahai, masa ini jugalah dia nak sedar yang tudung dia ni dipakai tak sama panjang. Kalau orang lain nampak memang dia tak kisah, tetapi kalau Dr Allan  yang nampak, hatinya menjadi nervous tak tentu hala.

            Tahulah Dr Allan tu kacak tahap Christiano Ronaldo tu, tapi jika dibandingkan dengan rakan sekerjanya yang lain, Dr Allan ni ibarat biasa-biasa sahaja. Namun entah mengapa, hanya si Allan ni saja yang mampu buat dia rasa self conscious!

            Allan memerhatikan Anes dari atas ke bawah. Slacks hitam, blouse bunga-bunga putih, tudung pun sama naik bunga-bunga, kasut pun ada corak bunga-bunga! Ya tuhan, memang cik bunga!

            “Feeling flowery today?” Allan memberi komen.

Anes menelan liur. Hish, kalau orang lain tanya, memang dia bagi sedas dah! Tapi Dr Allan yang tanya, senyum ajalah walaupun baru tadi dia masih berasap dengan karenah mentee-mentee nya.

            “ Indeed I feel so damn crappy today. Ridhwan buat masalah tengah-tengah malam buta, I kena pergi attend dia, hantar dia ke hospital.” Anes bercerita, namun yang Allan dengar macam mengadu manja pun ada.

            Otaknya mula terbayang wajah Ridhwan, salah satu pelajarnya. Memang, budak lelaki itu memang suka mengundang masalah.

            “Ridhwan buat apa?” Soal Allan, serius ingin tahu.

            “Patah tangan sebab nak buat prank dekat roomate dia.”balas Anes ringkas.

Dr Allan mengangguk. Jam sekali lagi dikerling. Ketika itu juga telefon bimbit Anes berdering.

            “Eh Dr, I nak kena pergi jumpa Student Affairs. You tolong pesan juga sama mereka tu, act their age. Umur dah 20 masing-masing, tapi masih nakal.” Pesan Anes, setelah itu dia bergegas ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

            Dr Allan memerhatikan si pokok Krismas menghilang dari bayangan. Setelah itu langkah diorak ke kelas.

            Pintu dibuka. Serta merta bilik yang gamat tadi menjadi makin gamat.

            “Sir!! Tahu tak yang kami kena marah?”

            “Sir! Kenapa singa double A tu menyinga sangat?”

            “She scolded us like we were kids!”

            “I hate her!”

            “Nak menopos agaknya!”

            Semua jenis komen tidak berpuas hati menerpa telinganya. Allan cepat-cepat mengangkat tangannya. Dia duduk sedikit di bucu meja. Mata tukas memandang 20 orang pelajar di dalam bilik itu.

            “Mentang-mentang aku ni ajar subjek kaunseling kat korang, salam pun tak ada, good morning pun tak ada, terus terjah aku.” Pedas, Allan memerli.

            “Ya lah sir! Hanya sir yang mampu kaunsellingkan Anes ADT tadi tu.” Balas satu suara garau. Entah mengapa, kebetulan agaknya, satu kelas ini merupakan pelajar lelaki.

            ADT, gelaran pada si Anes. Anak Dara Terlajak, kata mereka. Walaupun si Anes tu masih belum mencecah 35 tahun, tapi sebab dirinya sentiasa serius, kan dah dapat gelaran dari budak-budak buas ni!

            “ADT tu mentor korang, tahu dak?”Allan mencantas. Namun, dia dapat mendengar beberapa lagi bisikan tidak puas hati dari mereka.

            “Mentor apa kalau masuk kelas aja nak marah-marah?” Salah seorang pelajarnya mula bersuara lantang. Amboi, tak puas hati sampai macam tu budak-budak ni?

Allan menyinsingkan lengan bajunya ke paras siku. Time to get things straight with them.

            “Cuba korang tengok diri korang tu. Dia mesti ada sebab nak marah korang. Ridhwan buat hal, logiklah dia nak marah. Cuba korang buat perangai macam manusia, dia pun tak hingin nak marah.” Allan memberi logiknya. Ya lah, tak ada orang atas dunia ni hobi dia marah. Kalau dah marah tu tentu bersebab.

            “Amboi Sir, since Sir TTB, apa kata Sir kahwin aja dengan ADT tu. Hari-hari kena kaunselling dengan Sir, mesti otak dia tu elok balik.” Suara sumbang di sudut kanan pun mencelah. Allan tiba-tiba terdiam. Ish budak lani, kita cakap bukan dia nak dengar, makin dia kenakan balik kita ada!

            TTB, teruna terlajak bujang. Gelaran untuk dirinya pula. Allan tergelak kecil. Pandailah budak-budak ni. Ingat kahwin tu senang?

            “Korang ni, otak dia tu elok aja tau. She’s just a genius. Cara pemikiran dia tak sama macam gadis lain. Only a real man can handle a girl ‘that’ brilliant. ” Allan beralasan lagi. Ya, dia akan menangkan Anes kali ini. Sudah berapa kali dia lihat Anes asyik tertekan bila ada sesi mentor mentee. Brain torture kalau bebudak tu buat perangai.

            “Wohoo! Gadis tu! Someone is in love...” lagi suara sumbang kedengaran.


Allan bangun dari meja itu. Tangan digawangkan ke udara.
            Dah wajib kahwin dah Allan ni.

            “Ok cukup. Siapa punya turn present hari ni? Korang nak markah assessment ke tidak? Masuk kelas aku tak ada topik lain korang ni.” Allan bertukar mode. Aish, masuk kelas, takkan nak borak sepanjang waktu kan? Makan gaji buta namanya tu.

           

‘BAM!’    

 Allan menghentak stering keretanya.

            “Awesome! Really awesome! Masa tengah hujan lebat ni juga kau nak rosak kan?” rungut Allan apabila keretanya tidak boleh dihidupkan. Dia menggagau di tempat duduk belakang.

            “Mana payung ni?” rungutnya lagi. Lama-lama, dia mendengus geram.

            Lupa, payung ada dalam bonet. Nampaknya, kena redah dulu hujan, basah lencun dulu baru boleh tengok apa yang tak kena dengan Beemer dia ni.

            Terkocoh-kocoh, Allan membuka pintu keretanya. Hujan lebat semakin menggila, membasahi tubuhnya. Sejuk dirasakan sehingga sum-sum. Dia berlari ke belakang kereta, dan lekas membuka bonetnya.

            Aik? Tak ada juga? Mana pergi payung dia ni?

            "Dr Allan, do you need help?"

 Anes bertanya apabila terlihat susuk tubuh tinggi lampai itu sedang terkocoh-kocoh mencari sesuatu di dalam bonet BMW hitam itu. Baju putih yang dipakai Allan juga basah kuyup ditimpa hujan.

            Allan yang tadinya khusyuk menahan sebelah tangan pada bonet kereta terus terlepas. Natijahnya...

            "Mak!! Shhhhit!" tangan yang tadi menahan bonet  terlepas dan mengepit tangannya. Tangan yang terkepit tadi dipegang erat.

            Anes pula terus menarik handbreak lalu keluar mendapatkan Allan. Ya Allah sumpah dia tak sengaja pun! Niat nak tegur, bukan nak terperanjatkan Allan ni.

"Shhhit!" Allan masih belum habis memaki hamun diri sendiri. Iyalah, dengar suara Anes pun sampai terlepas bonet kereta tu siapa yang suruh!

            "You okay? Here, let me look at it? I am so so so sorry Dr! I just nak tanya you need help ke, tak sangka you nak lepaskan bonet tu." Anes mula cuak. Tangan Allan diintainya.

            Patah ke? Retak ke? Adui! Macam mana ni?

            Mata Anes naik ke wajah Allan yang seakan kaku tiba-tiba itu. Halkum Allan dilihat tergerak sedikit. Tiba-tiba Allan mengalihkan pandangan ke sisi.

            Anes naik hairan, Allan ni dah kenapa?

            Allan menarik nafas dalam-dalam. Sejuk-sejuk ni, tengah basah hujan pula tu, bila Anes mula buat suara lunak macam tu tiba-tiba terfikir pasal benda yang tak patut difikirkan.

            Allan, you are so so so bad.

Namun, tanpa dipinta, matanya memandang tepat pada susuk tubuh Anes yang turut lencun sepertinya. Malah, lagi teruk kerana Anes itu perempuan.

            "Anes, masuk balik dalam kereta." tiba-tiba nada Allan tegas semacam. Anes menelan liur. Hah?

            "Masuk. I could use a lift from you. Kereta rosak. But first, take this..."

Anes melopong apabila Allan mula membuka kemejanya. Kemeja yang lencun itu diserahkan kepadanya. Ketak-ketak Allan jelas ternampak disebalik singlet yang dipakai.

            Jantung Anes berdetak lebih laju.

            "I can see your...urm...your...yoursee through.. " Allan berasa pipinya merah ketika itu.Namun, tangannya menggambarkan apa yang lidahnya tidak mampu ungkapkan.

            Serentak itu, Anes juga menjadi serba merah.

            Okey, sangat janggal tika ini. Cepat-cepat baju yang dihulur Allan disambarnya. Disarungkannya baju tersebut pada badan. Kemudian, dia terus masuk ke dalam kereta.

            Alamak, aku cakap dia pakai baju putih, aku pulak lupa yang aku pun pakai baju warna putih! Anes, kan dah buat tayangan percuma! Anes mula termalu sendiri.

            Percuma saja Allan tengok warna baju comel dia di sebalik kemeja itu. Itulah, lain kali pakai singlet macam Allan tu Anes oi! Kan dah termalu sendiri ni.

            SETELAH Anes meninggalkan Allan di hadapan rumah, dia terus memecut balik ke rumahnya sendiri. Kepala sudah mula terasa berat. Dalam hatinya sudah mula berkira-kira, habislah dia kali ni.  Dia bukannya boleh bermain hujan. Kena hujan mesti akan demam.

            Dengan ibunya pergi ke Makkah, dengan dia sebagai satu-satunya anak tunggal...memang niaya lah dia kali ni.

            Demam, duduk rumah sorang-sorang...nahas! Itulah, kalau ada suami, ada lah juga orang nak jaga dia.

            Malam itu, apabila dia terasa suhu badannya naik, dia cepat-cepat ke klinik berdekatan. Doktor siap bagi MC. Suhu nyaris mencecah 39 Celcius. Nasib tak kena tahan wad masuk IV drip.

            “Ni datang sini sorang ke, dik?” Doktor yang bertugas itu bertanya. Dengan lemah, Anes mengangguk.

            “Sorang je.” Jawabnya lemah. Suara pun dah serak, selsema punya pasal.

            “La, bawa kereta elok-elok.” Pesan doktor itu. Anes sekadar tersenyum.

            “Jalan kaki je bang, rumah kat depan ni aje.” Anes berkata. Ya betul, rumah dia lintas jalan tu saja. Nasib baik! Klinik dekat, kedai dekat...untung sabut.

            “Dah, kau jalan elok-elok dik. Apa-apa datang balik sini, abang ada sampai pagi kat sini. Makan ubat, tidur. Kalau lusa tak elok lagi, datang balik. Antobiotik tu makan sampai habis.” Ewah, abang doktor ni rancak pula dia berbual malam ni.

Anes tarik senyum paksa. Heh, layan Dr Allan cakap lagi seronok pada Dr Abang ni. Teringat pada nama Allan, dia terus mengeluh.

            Alahai, dua hari takkan jumpa Allan gamaknya. Tapi...duduk kat rumah ni pun ada apa? Assignment budak-budak tu tinggal kat Uni.

            “Takpa, esok aku masuk kejap, pergi ambil assignment, bagi MC, balik rumah  and rehat. Mana tahu, tengok Allan terus kebah demam.” Anes mula merancang.

            Malam itu, dia lena sambil tersenyum. Tapi tak adalah senyum lebar pun, sikit-sikit terbersin. Kesian.

            ANES meletakkan pennya ke atas meja. Kepalanya disandarkan di sofa. Ya Allah , penatnya. Pening kepala dia semakin menjadi-jadi apabila membaca laporan entahapaapa yang ditulis oleh pelajarnya.

            Tiba-tiba perutnya berbunyi. Alamak, lapar pula! Mengenangkan dia seorang sahaja di dalam rumah tika ini, mood hendak memasak terus hilang.

            “Tapau aja lah!” ujarnya sambil bangkit dari duduk.

            Dia menarik keluar hoodie bertelinga kucing dari almari, disarungkan ke atas tanktop yang dipakai, stokin dibiarkan di kaki, anak tudung diserlumkan ke kepala dan siap! Lantaklah orang nak kata apa, dia tak larat nak salin baju elok-elok. Asal tutup aurat, sudah.

            Zip hoodie ditarik sehingga menutupi tekaknya. Beg duit dicapai lalu dia bergegas ke restoren di kawasan rumahnya itu. Macam biasa, jalan kaki pun boleh!

            “Kak Anes, macam baru lepas pantang ni kenapa?” tegur salah seorang pekerja di situ. Regular customer ni, wajarlah nak tegur sapa pun.

            Anes menunjukkan tisu di tangan dan juga hidungnya yang merah itu. Budak tadi mengangguk.

            “Demam ke? Kesian. Dah akak duduk dulu, nanti  Wan bawakan air barli dan sup untuk akak, okey?”

            Anes terus tersenyum lebar. Pandai si Wan ni teka.

            “Sup tak nak ajinomoto tau, Wan.” Anes pesan. Kemudian, dia terjengah-jengah ke dalam restoren itu. Alahai, fullhouse pula malam ni.

            Anes bergerak ke dalam restoren itu. Manalah tahu kut-kut ada tempat kosong. Sedang dia mencari tempat, tiba-tiba ada suara memanggilnya.

            “Anes?”

            “ABANG, Tas nak tomyam udang.”

            Allan angguk.

            “Riff?”

            “Eh, aku kan dah makan tadi. Ni Tasneem, kata supper, tomyam udang tu supper is it? Not so heavy la dear...” Ariff mula bersuara. Mentang-mentang mengandung, macam vacuum. Semua benda dia nak makan.

            “Mak Lang, tengok dia ni.  Tas nak makan pun dia tak bagi. Nanti bila Tas nak pantang teringin pula.” Tasneem mula menarik muncung.

            Allan sudah tergelak mendengar aduan dari mulut adik sepupunya itu. Matanya pula memandang ke arah Ariff yang sedang membuat muka fed up dengan aduan Tasneem itu tadi.        

            “Bagilah dia rasa Ariff, esok lusa bila dah deliver baby, she can barely eat any of these.” Mama Allan aka Mak Lang bersuara. Tasneem tayang muka bangga kepada si suaminya.

            “Tomyam saja ke nak nasi?” Allan tambah. Ariff cepat-cepat memandang ke arah Tasneem. Nak tengok berani ke tidak dia nak top up nasi sepinggan.

            Tasneem tayang muka simpatinya.

            “Nasi putih separuh...”

            Allan tergelak besar apabila Ariff mula mencubit lengan Tasneem.

            “Cukup? Side dish?” tokok Allan, sengaja mahu mengusik.

            “Wey! Kau sengaja ke Allan. Tak tengok dia bedal dinner tadi banyak mana? Kata nak ‘mengupi’ kat sini, last last me-nasi-lauk-tomyam jadinya.” Rungut Ariff geram.

Menu di tangan Allan dirampas dan diletakkan ke meja sebelah yang tidak diduduki sesiapa.

            “Nanti anak kau juga keluar leleh air liur sebab mak dia kempunan masa mengandung dulu.” Balas Allan selamba. Mamanya di sebelah juga tergelak kecil mendengar komen dari mulut anak terunanya.

            “Eh kau bila nak kahwin? Tunggu wife kau pregnant, baru kau rasa.” Sedas Ariff bagi. Allan terus mengangkat tangannya, surrender bila lawan dengan ex-lawyer ni.

            Dia kemudiannya menggamit pelayan untuk mengambil order. Setelah pelayan itu berlalu, dia terlihat kelibat seseorang yang sedang berjalan ke arahnya. Mata wanita itu seolah-olah melilau-lilau mencari sesuatu.

            Allan tersenyum lebar. Aih, kebetulan ke ni?

            “Anes?” Allen memanggil. Dia bangkit dari kerusinya. Tiga lagi pasang mata di meja itu turut membontoti perlakuan Allan. Pelik bila Allan tegur wanita di tempat awam. Tak pernah dibuatnya!

            Wanita itu terus terkaku. Dia memandang ke arah Allan. Wajahnya yang merah itu terus tersenyum.

            Mama Allan sudah memandang ke arah Tasneem dan Ariff.

            “Korang kenal dia?” tanyanya.

Tasneem dan Ariff menggeleng laju. Tak kenal.

            “Mak Lang tiba-tiba dapat bau nasi minyak.” Mama Allan sudah tersenyum lebar. Tasneem pula tergelak. Alahai, kesian Mak Lang dia, kempunan nak bermenantu.

            “ALLAN... Eh, jauhnya datang makan?” Anes berbahasa basi. Matanya memandang Allan dan kemudiannya meja di belakang Allan.

            Keluarga dia ke? Mama Allan tu nampak lawa sangat, adik si Allan pun lawa. Aik? Yang perempuan ke yang lelaki tu adik dia? Muka nak sama saja semua orang ni. Getus hati Anes.

            " Come, join us?" Allan mempelawa. Dari belakang tengkuknya sudah dapat merasakan tikaman tajam renungan mata mamanya, Tasneem dan juga Ariff. Iyalah, tiba-tiba ajak random girljoin in family dinner, mesti mama dia dah dengar bunyi kompang dipalu bagai tu.

            Anes pula terus tergamam. Apabila semua mata di meja itu memandangnya, terus dia menjadi super duper conscious dengan cara pemakaiannya kini. Sekali tengok tak macam pensyarah langsung! Dengan hidung merah, hoodies berkepala kucing, stokin tebal menutupi kaki...macam budak lari hospital pun ada.

            Pada masa itu juga hidungnya terasa gatal.

            "Aa...aa...Ahcum! Tak apa Dr, I nak...ahcum! Cepat ni." Anes terbersin. Allan tersenyum manis. Alahai, comelnya bersin pun!

            "You demam ke dear? I buat you demam , kan? Kesiannya." Selamba Allan melekapkan tangannya pada dahi Anes. Mata Anes terus membuntang.Perbuatan Allan jelas membuatnya terkejut. Bukan Anes sahaja, mama Allan pun terkejut.

"Anes ya? Ni, duduk dulu. Makan dengan kami. Demam-demam ni kena makan. Baru boleh makan ubat." Celah mama Allan.  Anes terus menjadi serba salah apabila potential bakal mak mertua undang dia. Allan terus tarik senyum ke arah Anes.

            "You don't wanna dissappoint my mother, do you?"  tanya Allan perlahan. Anes gigit bibirnya. Apabila Allan mula main reverse psychology, mana sanggup Anes nak tolak.

            Lambat-lambat dia akur. Allan menarik sebuah kerusi dan bertukar tempat. Dia berikan tempatnya kepada Anes dan dia duduk di hujung meja. Allan memperkenalkannya dengan mamanya, Tasneem serta Ariff.

            “Rumah area sini ke, Anes?” Mama Allan bertanya. Anes mengangguk.

            “Hujung lot ni aja aunty. Ni pun Anes jalan kaki. Mak tak ada so Anes tak rasa nak masak.” Anes menceritakan. Kesemua di meja itu pasang telinga saja.

            Tasneem mula menguis kaki Allan.

            “Calon ke bang?” bisik Tasneem. Allan tersenyum lebar sambil melihat mama dan Anes berbual rancak. Mata redupnya memandang Tasneem.

            “Okey tak?”

            Tasneem tersenyum lebar. Ibu jarinya di angkat.

            “But she could do something with her choice of clothes. Nampak muda sangat tu. Macam budak form three.” Sempat lagi Tasneem berpesan.

            “She’s my budak form three...” Allan mencelah. Tasneem terus mengerutkan hidungnya.

            “Ee, pedo!”

            Allan membiarkan sahaja komen terakhir Tasneem tidak berjawab. Lantaklah, dia suka Anes dia macam tu.

            A little weird,

A little feisty,

A bundle of joy!

“Anes dengan Allan ni dah lama kenal?” Allan kembali menumpukan perhatiannya kepada perbualan mamanya. Anes mengangguk.

“Kami colleagues, Ma. Dari firstday dia masuk kerja lagi we’ve been friends.” Ujar Allan.

“Jadi...korang tak nak take the friendship to the next level ke?” Mama Allan memasang jerat. Allan terus terdiam. Anes pula terus memandang Allan.

Allan menjungkitkan keningnya ke arah Anes, dan Anes tergelak kecil. Padahal dalam hati Anes, bunga-bunga sudah mekar setaman.

“Apa macam Anes, nak?” Selamba Allan bertanya. Tasneem sudah menyepak kaki Allan. Dasar lelaki, tak boleh ke romantik sedikit?

Anes pula apa lagi, dah kalau nak cakap nak! Terus dia angguk laju. Allan yang tanya kan, kira boleh lah tu.

“Nanti bila Mak Anes balik dari Umrah, telefon Mama. Mama bawa rombongan.” Semua di meja itu tergelak lagi sekali.

Kalau bakal mempelai teruja, mak si pengantin lelaki laaaaagi teruja!

            ANES menarik keluar jam tangan serta cincin tunangnya. Nak pegang baby kan, kenalah buang segala perkakas yang dia pakai. Kalau tak, kesian pula baby tu tercedera.

            Tangan Anes terus memangku kepala si comel yang dihulur Allan tadi. Alahai, bakal suami dah pandai pegang baby ni...weehuu!

            “ Abang Ariff, berapa hari dah Ayis ni?” tanya Anes sambil mengusik pipi baby dalam pelukannya itu. Kepala baby yang bernama Ahmad Faris itu dicium. Bau bayi sangat wangi.

            “20 hari, Anes.” Ariff menjawab. Serentak itu dia menarik tangan Tasneem yang sedang bersandar di kepala sofa dan mengucup halus di belakang tangan isterinya itu. Tasneem menampar bahu Ariff, manja. Depan orang pun nak tunjuk romantis dia.

            “Wah bestnya. Abang Ariff dengan Tasneem dah ada baby,” komen Anes.

Allan tersenyum melihat Anes yang ralit mendokong baby Ayis. Dia kemudiannya menarik  Anes ke sofa dan menyuruhnya duduk. Karang terlucut si Ayis tu ke lantai mahu meraung mama papa dia.

            “Best? Dapat baby best? Kuat bangun malam Ayis ni. Diaper change la, feeding la...” Ariff mula menyenaraikan. Tasneem di sebelah sudah menjeling tajam. Ariff tarik senyuman manisnya.

            “...tapi...tapi memang best. Sebab rumah abang ni dah tak sunyi.” Ariff cepat-cepat menyelamatkan diri sebelum ketam cik isteri mula merayap.

            “Best sangat dapat babies, they are so cute!” Anes menambah. Sungguh, dia sayang sangat-sangat pada bayi.

            “Suka baby ya?” Ariff bertanya lagi. Nak juga kenal bakal sepupu ipar si Tasneem ni. Tengok dari pemakaian, agak err...tapi cara Allan pandang Anes ni, memang macam over the clouds and the moon!

            “They smell like heaven.” Anes menjawab pertanyaan Ariff. Ariff terus tersenyum lebar. Dah tahu nak sakat si Allan ni macam mana. Haha, siap kau Allan.

            “Anes pun boleh dapat baby sendiri apa? Lagi comel, lagi cute, sebab mama dia lawa. Tapi minus pointer pada perangai papa dia kut, macam langau kekadang tu. Mak Lang suruh kahwin , macam-macam alasan dia bagi selama ni.” Ariff mula membuka pekung si Allan.

             Allan terus mencerlung matanya ke arah Ariff. Amboi, dah pandai ya sekarang nak pekena orang ex lawyer ni?

            “Luckily you came to that restaurant the other day, Anes. Kalau tak sampai ke sekarang kut kami tak kenal you.” Sakat Ariff lagi. Allan sudah mula berasap.

            “Ariff, kau nak kena dengan aku ke?” Allan mengugut. Ariff terus tergelak besar. Tasneem di sebelah pula sudah mula menggeleng kepalanya.

            Kesian bila tengok Anes yang sudah menjadi merah itu. Ariff ni pun, so insensitive. Nak pekena Allan pun janganlah sampai buat si Anes tu termalu sendiri.

            “Abang! Tak baik la.” Tasneem bersuara. Serentak itu, baby Ayis mula merengek. Alahai, dia nak mama dia balik.

            Anes dengan muka merahnya, terus bangkit dan serahkan Ayis kembali ke pangkuan Tasneem. Muka Ariff dengan Allan langsung dia tak pandang. Tak mampu!

            Tak mampu sebab tiba-tiba dia pun terlintas ada baby dengan Allan, dan juga beberapa peristiwa yang akan mewujudkan baby tersebut kalau dia kahwin dengan Allan.

Alahai...bahaya betul.

            DIA memandang tajam benda yang berada di atas kerusi di sudut bilik Allan itu. Sumpah dia terkejut.

            “Abang?” Anes memanggil Allan yang sudah selamat mandi dan menyalin pakaian itu. Penat kenduri satu hal, penat layan tetamu satu hal. Maklumlah, anak teruna terlajak bujang mama dia ni kahwin, sehabis grand dibuatnya. Mentee-mentee Anes yang tidak berapa nak berguna itupun hadir ramai-ramai tadi. Siap cakap, hanya Dr Allan yang mampu ‘kaunselling’kan Madam Anes.

            “Yes?” sahut Allan. Sikat diletakkan kembali ke atas dressing table. Senyuman selebar-lebarnya dihadiahkan kepada Puan isteri.

            “What’s that huge teddy doing in that corner?” soal Anes. Jarinya menunjuk ke arah beruang patung yang ada di hujung bilik itu.

            "Let me tell you one dark secret Anes." Allan berkata sambil menghampiri Anes. Bahu Anes dipeluk.

            "Apa?"

            Anes kalih memandang Allan yang masih erat memeluknya.

            "After gym hours, I come home and hug my teddy." Kata Allan senada. Mata Anes terus membulat.

            Apa dia?

            "Why?"Anes yang terkejut mendengar statement berani mati itu, bertanya.

"Because I tak ada wife nak peluk, so I hug my teddy." Selamba Allan menjawab. Anes terus mengerutkan hidungnya. Pelik juga Allan ni.

“Tapi sekarang dah ada wife…” belum sempat Anes habis jawab, Allen mengeratkan pelukannya.

“My wife la jadi my teddy.”

“I nampak macam teddy ke?” Anes soal balik.

Akhirnya, tawa Allan meletus. Hidung Anes dicuit.

“Gotcha! Tu hadiah baby Ayis la. Apa ingat I ni budak-budak ke nak simpan teddy bear, sayang? Lainlah kalau teddy tu nama dia Anes. Tu, memang I simpan sampai akhirat!” 

Anes terpempan. Ecewah, terkono eden! Allan ni kan…

            ALLAN menyeka peluh di dahi. Muka Anes yang cemberut dipandang. Itulah, minta sangat siapa yang suruh? Nak compare sangat kan dia dengan Ariff tu. Hambik!

            Dia ingat lagi komen Anes itu hari ketika Ariff dan Tasneem datang ke rumah mereka dengan baby Ayis.

            Anis mencuit Tasnem yang sedang elok meriba Ayis yang sudah pandai merangkak.

            “Tas, baby fat you cepat gila hilang.” Komen Anes. Ariff di sebelah sudah mula tayang senyuman lebar.

            “Ni. Blame him. Pagi petang siang malam personal trainer ni kejan aku. Tiba-tiba terasa macam working out with Jillian tu tau.” Tasneem berkata. Anes terus memandang Ariff.

            “Great job, Ariff. Hah abang, Ariff personal trainer, abang personal apa?” sengaja Anes nak sakat Allan yang khusyuk memandang skrin televisyen.

Allan menarik sengihnya.

            “I ada black belt karate, nak I train you self defence?”  Allan membalas dengan senyuman yang penuh makna.

            Anes tiba-tiba terdiam. Haih, dia tayang muka miang dia tu, mesti ada agenda apa-apa tu.

Dan, itulah yang menyebabkan Anes berada di dalam situasi ini, pada malam ini.

            "Do it like you mean it this time , sayang." ucap Allan dalam nada menggoda. Bajunya dibuka dan dicampak ke lantai.

            "Tak nak boleh?" Tanya Anes, sambil mengundur ke belakang.

            Allan semakin mara. Anes semakin ke belakang. Namun, langkahnya terhenti apabila dia terasa betisnya melanggar sisi katil. Uh-oh...

            "Like you really really mean it." bisik Allan. Badan Anes diraih dan di bawa rapat ke badannya. Tangannya dilarikan ke atas belakang Anes. Sebelah lagi berkeliaran ditengkuk Anes.

            "Hh...how?"Anes mula tergagap. Jantungnya berdetak laju. Bau wangian dari badan Allan pula mula menusuk hidungnya.

            Aiseh, so masculin.

            "The ones that will make my feet jelly-like, Anes. The ones that will make me double-over, in agony, and pain." Dia berbisik perlahan di tepi telinga Anes.

 Anes tergamam.

            Allan mula mengucup batang leher Anes yang terdedah.

Anes mula menolak dada Allan yang sedang kejap memeluknya.

            "Abang...can we not do this tonight?" Dia merengek.

            Namun, Allan makin rancak mengucup segenap inci leher Anes. Anes mula tidak senang duduk.

            "Abang..." panggil Anes lagi sekali, cuba untuk buat Allan berhenti.

            "I dah ajar you kan, use the skill, sayang." ujar Allan acuh tak acuh. Habis leher, bibirnya mula merayap ke telinga Anes. Cuping telinga Anes digigit perlahan.

            Anes mendengus geram. Dada Allan ditolak sekuat mungkin, menyebabkan Allan terkebelakang sedikit.

            "

Kerana Rayyan 18



“OK...makan time!”


Cepat-cepat semuanya meluru ke meja makan...grandad pun ada tau...


“Woit! Janganlah tinggal Rayyan sensorang...huhu...sampai hati...”


Semua orang terlampau lapar sehinggakan meninggalkan Rayyan keseorangan di ruang tamu...siapa yang tak sedih...


“Sorry...”


Serentak semua suara bergema...memandang Rayyan dengan muka yang cute...puppy eyes..


“Yalah...Rayyan ok punya...”


Terhenjut-henjut Rayyan menghampiri mejanya...


“WaaH!! Pandai jugak lelaki masak...tak sangka...syabas!”


Rayyan memuji apabila melihat lauk-pauk di atas meja...tomyam,ayam goreng,udang goreng tepung, sotong celup tepung, kalah restoren ni...


“Dah, makan banyak-banyak ye...kesian anak papa ni...”


Zafran menarik kerusi untuk Rayyan...meja makan tersebut memang besar...muat satu family nak makan.


Lea duduk di sebelah suaminya...


Myra yang tengah syok-syok makan, tiba-tiba berhenti...dia memandang Zafran.


“Bang...Myra ada berita baik nak cakap ni...”


Semuanya memandang ke arah Myra. Zafran pun.


“Kami nak dapat adik ke Mummy?”


Tanya Rayyan selamba sambil mengoyak kulit udang tu...


“Hesy kamu ni...Mummy mana boleh mengandung dah, tak...Abang, saya nak buat Umrah next 2 weeks...dia dah approve dah...”


Zafran memandang Myra sambil tersenyum.


“Baguslah tu, nanti lain kali kita pergi sama-sama ek...abang buzy lately ni...”

Semua di meja bersyukur...adalah jugak keberkatan nanti...


Tiba-tiba Lea rasa tidak enak...tekaknya mual...


Lantas Lea bangkit...dia berlari ke singki.


Semua di meja memandang hairan...termasuklah grandad...


“Zafran pergi tengok Lea...”


Tutur Zafran sebelum berlari mengejar Lea.


Dia membuka pintu tandas...Lea sedang terbongkok-bongkok memuntahkan segala isi perutnya ke dalam mangkuk tandas...


Zafran memicit-micit belakang Lea...


Mindanya kembali teringatkan kejadian dahulu...kejadian dia terdengar perbualan Lea dengan Fakhir...dah hampir dua bulan kejadian tersebut ...maknanya lagi 4 bulan yang tinggal? Nauzubillah...


“Abang...pe..dih!”


Lea terus-terusan memuntahkan segala isi perutnya. Akhirnya, dia terduduk lemah di lantai tandas tersebut.


“Lea,Lea...tak larat..nak jalan...”


Lea mengadu... memang dia jelas kelihatan letih...


“Tak apa, biar abang angkat Lea...”


Dengan senangnya Zafran mengangkat Lea.  Lea di bawa ke biliknya.  Zafan dah dua minggu asyik duk gilir-gilir bilik ....haih...nikah dua lagi!


“Abah...”


Zafran memanggil Tengku Adam ...grandad yang sememangnya tahu tugasnya, segera mencapai stetoskopnya dan BP meter dia...


Dia meletakkan stetoskop di dada Lea...


“Breathe in...out...in...slowly,slowly....ok...breathe out...”


Tengku Adam memandang Lea dan Zafran...


“Lea, Zafran...congrats...”


Zafran dan Lea tarik muka pelik. Congrats?Why?


“Dont tell me Abah...Lea...Lea, pregnant?”


Tg. Adam mengangguk sambil tersenyum. Lea dah pucat...baby?


“Haha... Lea mengandung ...alhamdulillah...”


Zafran dah peluk abahnya...


Family membersnya yang lain pula segera menyerbu masuk bilik tersebut selepas selesai makan...


“Satu aja abah nak pesan, Lea dah 39 tahun, and PREGNANT ...jaga baik-baik dia, at this age, pregnancy memang merbahaya ...take care of yourself Lea..”


Grandad berpesan kepada Lea dan Zafran...


Semua yang ada dalam bilik tu terjatuh rahang ...mak ai! Cepat gila melekat... tak sampai sebulan lagi mereka kembali berbaik...dah pregnant! Kalu Lea dan Zafran tak berpisah dulu, konfem berderet anak mereka!


“Yay!! Ada baby baru!!”


Esha melompat kegirangan.
Dia dah peluk Lea ketat-ketat ...Semua orang tersenyum... termasuklah Myra...


“Esha ni! Potong queue papa betul...papa tak peluk lagi mama kamu ni...”


Zafran menghampiri Lea...kepala Lea dikucupnya...perut Lea disentuhnya...lebar gila dia tersenyum...sapa tak happy kan?


“Congrats Zach ...dapat adik nanti kau ...aku ingat aku nak tunggu main anak kau aja ...tup-tup, main dengan adik kau dululah aku ni...”


Zach memukul bahu Reyl ...adaka patut nak tunggu anak aku ...dia tu tak nak anak ke?


“Abang, yeay! Ray akan ada dua orang adik!!Give me 10!!”


Rayyan menyatukan kedua-dua tapak tangannya dengan tapak tangan Zach...




Lea berpura-pura bahagia...

'I should have taken precautions...nanti operation tu macam mana?Oh no.....Help me God!'

Lea menyuarakan kegusarannya dalam hati...




“Dan...yang paling penting...Esha bukan anak bongsu!Yess!”
Semua memandang Esha...


“So, apa perbezaannya??”


Nenda bertanya kepada Esha yang masih setia bertempek di sisi Lea...


“Tak adalah...orang selalu kata anak bongsu ni manja, So..dengan adanya baby baru...Esha takkan di cop manja lagi!!”


Semua menggelengkan kepala....Esha,esha..


“Esha ni, ada adik ke, takde adik ke...sama aja...anak manja!”


Spontan Reyl berkata-kata. Esha dah bangun dari katil...dia melipat kaki seluarnya...


“Wah...sedap dia mengata orang ya...tunggu Abang Reyl...meh Esha tunjuk sapa anak manja...”


Esha terus mengejar Reyl...Reyl pun cepat-cepat berlari keluar dari bilik itu...Esha mengejarnya sehingga keluar rumah...


“OK...biarkan mereka berdua tu....dah-dah...jom kita keluar, papa and mama to-be ni perlukan privacy...jom,jom”


Tg. Adam mengerah semua untuk keluar dari bilik itu. Mereka akur ajalah...Myra yang terakhir untuk meninggalkan bilik tersebut.




***




Zafran memandang Lea. Perasaannya amat meronta-ronta ketika itu...dia ingin kepastian dari Lea...


“Sayang...you wanna say something to me?”


Tanya Zafran lembut, sambil mengelus-elus rambut Lea.


Lea menggeleng. Dia memikirkan tentang pembedahannya yang bakal berlangsung dalam masa 2 atau 3 minggu lagi ...ternyata kehadiran bayi ni merumitkan keadaan ...Lea tak mahu menggugurkannya...tapi...urghh!


“Lea letih bang, Lea nak tidur...”

Ujar Lea hambar...

Lea menyelinap masuk ke bawah comforternya. Dia menghadap Zafran. Zafran turut baring di sebelahnya.


“Ingat Lea, you can tell me anything...abang tahu Lea ada berahsia dengan abang, but...take your time... as much as you want ...asalkan Lea bagi tahu abang nanti...”


Lea tersentak...


‘Did he know about my disease?’


Hati Lea tertanya-tanya...


Dia akhirnya terlena beralaskan dada Zafran. Zafran menyapu air matanya. Dia sedih memikirkan Lea.


‘Lea, Lea tak percayakan abang ke? Kenapa Lea tak cakap yang Lea sakit?? Lea...I love you so much...’


Zafran mengucup lama dahi Lea. Dia bangun ke tandas, mengambil wudhu`.


Sejadah dibentangnya. Sejak hari yang dia dapat tahu tentang penyakit Lea... dia tidak pernah meninggalkan solat hajatnya... moga-moga Lea dapat diselamatkan...




***




2 minggu kemudian...


“Myra...jaga diri ye kat sana,”


Lea memeluk Myra erat. Myra sudah bermandikan air mata.


“Akak, maafkan segala kesalahan saya dengan akak ya...saya menyesal dengan sikap saya dulu...saya bodoh!”


Lea mengusap-usap belakang Myra.


“Akak dah maafkan...Myra ke sana dengan hati yang tenang ya...yang lepas tu biar lepas...”


Myra menangguk...dia beralih pula kepada bonda...


“Bonda..maafkan Myra, Myra tak jadi anak yang baik selama ni...Myra..”


Bonda memotong kata-kata Myra.


“Bonda halalkan segalanya, bonda juga dah maafkan kamu... jaga diri kamu kat sana ...doa elok-elok..”


Pesan bonda kepada Myra. Myra mengucup pipi bonda...


Akhirnya, Myra tiba di hadapan Zafran.


Tangan Zafran dicapainya dan dikucupnya...


“Abang... Myra nak bagitahu satu rahsia...”


Zafran memandang terus ke muka Myra...


“Rahsia apa B?”


Myra dah lencun dengan air mata...


“Se...sebenarnya...Myra yang fitnah Kak Lea dulu...Myra yang meruntuhkan rumahtangga abang dan Kak Lea...ampunkan Myra bang...Myra bodoh masa tu...”


Tangan Zafran dikucupnya bertalu-talu...


Zafran terpempan. Myra dipandangnya tanpa riak. Setitis air matanya menitis ke pipi.


‘Isteri yang aku sanjungi sebelum ini rupa-rupanya penyebab kemusnahan aku? Layakkah dia dimaafkan...’


Zafran bertanya kepada dirinya sendiri...semua ahli keluarganya terdiam...rahsia dah pecah...


“Abang...tolong maafkan Myra, Myra dah insaf...ampunkan Myra abang...biarkan Myra pergi dengan tenang...”


Suara Myra sudah serak gara-gara menangis...


Zafran masih tidak berkutik. Tangan Myra direntapnya.. Dia memandang ke arah Lea ...Lea mengangguk ke arahnya.


‘Sedangkan nabi ampunkan umatnya, siapakah aku untuk berdendam?’


Zafran berkata-kata di dalam hati...


Myra diraihnya ke dalam pelukannya.


“Abang maafkan Myra...pergilah dengan ketenangan...doakan yang terbaik untuk keluarga kita...”


Zafran mengucup hangat dahi Myra...entah mengapa dia merasakan ini kali terakhir dia melihat Myra...


“Terima kasih abang...Myra pergi dulu...kalau panjang umur...kita jumpa lagi...kalau tidak...Myra tunggu di sana...”


Dan Myra terus hilang di sebalik kesesakan orang ramai...


Zafran memegang erat tangan Lea...dia memandang Lea pelik...tangan Lea terketar-ketar...


“Lea, Lea okay?”


Baru sahaja Zafran hendak bertanya...Zafran melihat ada cecair pekat mengalir dari hidung Lea...


Lea pula tiba-tiba hilang imbangan badan...kakinya tidak mampu untuk berdiri lagi...


Zafran cepat-cepat memaut tubuh Lea dari menghempap lantai airport itu...


Blackberry torch nya dicapai...nombor Fakhir didailnya...


“Hello Fakhir...You need to operate us immediately...”


Tubuh Lea itu dicempungnya ke kereta... Ahli keluarga yang lain hanyalah memandang...tidak tahu menahu tentang penyakit Lea... 
Mereka juga turut mengikut Zafran ke hospital...







Leave a Comment

(0 Comments)

Your email address will not be published. Required fields are marked *